Wednesday 9 November 2011

JKM Politeknik Mukah_Falcon Waves

Pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal telah diamanahkan untuk menyiapkan sebuah projek yang telah ditetapkan bagi melengkapkan syarat penganugerahan diploma. Kumpulan kami dikehendaki menghasilkan sebuah kereta formula berkuasa kecil dengan mengubahsuai rangka lama kereta go-kart yang telah dihasilkan oleh pelajar semester akhir sesi Januari 2010. Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah kereta formula yang sesuai khususnya untuk kegunaan perlumbaan formula pelajar. Ini juga adalah untuk melihat perbezaan dari segi keupayaan kereta formula dari pelbagai aspek, ciri-ciri dan kelebihan. Keseluruhan projek ini akan dilaksanakan mengikut kaedah yang sistematik bermula dari kajian bahan rujukan bagi memahami dengan lebih mendalam konsep-konsep yang terlibat dan prinsip yang digunakan untuk menjalankan projek ini. Kemudian beberapa idea rekaan tersebut diaplikasi pada pembinaan kereta formula di akhir pelaksanaan projek. Kemudian hasil projek akan dilakukan ujian dan permerhatian untuk mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin berlaku dan menyarankan kaedah penyelesaian untuk memperbaiki kekurangan tersebut.

 FALCON WAVES

 Sewaktu hari perlumbaan. Panel mengambil markah bagi setiap pasukan. -Pasukan Falcon waves.


            Objektif merupakan perkara yang penting dalam menghasilkan sesuatu projek. Dengan adanya objektif sebenar, perjalanan bagi sesebuah projek dapat berjalan dengan lancar dan motif utama projek akan dapat dicapai. Antara objektif projek adalah seperti berikut :


                    i.            Menunjukkkan ketahanan dan keselamatan kereta formula di jalan raya dan bukannya dari aspek kepantasan semata-mata.

                  ii.            Mengenal pasti dan memahami masalah atau kekangan yang didapati dari rekabentuk dan penggunaan enjin yang sedia ada.

                iii.            Menggenalpasti penggunaan sistem hantaran dan putaran yang sesuai pada kereta formula.

                iv.            Mendedahkan pelajar kepada aspek dalam kejuruteraan automatif untuk menguji pemikiran pelajar dari segi kreativiti, skil dan mengaplikasi teori secara praktikal dalam menghasilkan kereta lumba mengikut spesifikasi yang ditetapkan















Antara pasukan yang terlibat...

Orang Ulu

        Orang Ulu ("remote people") is an ethnic designation politically coined to group together roughly 27 very small but ethnically diverse tribal groups in Sarawak, with a population ranging from less than 300 persons to over 25,000 persons. Orang Ulu is not a legal term and no such racial group exist or listed in the Malaysian Constitution. The term was popularised by a minority association known as "Orang Ulu National Association" (OUNA) that was formed in 1969.
The Orang Ulu typically live in longhouses elaborately decorated with murals and woodcarvings. They are also well-known for their intricate beadwork detailed tattoos. The Orang Ulu tribes can also be identified by their unique music - distinctive sounds from their sape’, a plucked boat-shaped lute, formerly with two strings, nowadays usually with four strings.
A vast majority of the Orang Ulu tribes are Christians but old traditional religions are still practiced in some areas.

      Orang Ulu ialah suatu gelaran ciptaan politik untuk mengumpulkan kira-kira 27 kelompok etnik kecil tetapi berbeza di Sarawak, Malaysia dengan populasi di antara kurang 300 orang hingga lebih 25,000 orang. Orang Ulu bukan merupakan istilah rasmi dan tidak wujud dalam Perlembagaan Malaysia. Istilah ini dipopularkan oleh satu persatuan minoriti yang dibentuk pada 1969 dan dikenali sebagai "Persatuan Kebangsaan Orang Ulu" (OUNA).
Antara kaum yang termasuk dalam kelompok Orang Ulu ialah: Kayan, Kenyah, Kajang, Kejaman, Punan, Ukit, Penan, Lun Bawang, Lun Dayeh, Murut, Berawan dan Kelabit.


 Pasangan tua orang ulu di daerah Sungai Asap Belaga yang sekarang ini masih ada. Dipercayai berumur lingkungan 80-90 tahun. Ajang Emang (datuk) dan Bulan Ngo. Mempunyai lebih dari 40 orang cucu dan cucu mereka sekarang telah pun berstatus memiliki cucu.
 Teli Ngo_Berasal dari uma Bawang Sungai Asap.,berlatar belakangkan dinding 'banglo' beliau..ukiran Kelawit(Kayan Belaga) atau Ikeng(Kayan Baram). Hasil ukiran tangan beliau sendiri.




 Larry Joseph Ubang(Blog Owner)-Berlatar belakangkan perkuburan arwah ayah yang disayangi dan dirindui. Ukiran kayu diperbuat dari kayu jenis belian agar boleh tahan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya.