Wednesday, 9 November 2011

JKM Politeknik Mukah_Falcon Waves

Pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal telah diamanahkan untuk menyiapkan sebuah projek yang telah ditetapkan bagi melengkapkan syarat penganugerahan diploma. Kumpulan kami dikehendaki menghasilkan sebuah kereta formula berkuasa kecil dengan mengubahsuai rangka lama kereta go-kart yang telah dihasilkan oleh pelajar semester akhir sesi Januari 2010. Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah kereta formula yang sesuai khususnya untuk kegunaan perlumbaan formula pelajar. Ini juga adalah untuk melihat perbezaan dari segi keupayaan kereta formula dari pelbagai aspek, ciri-ciri dan kelebihan. Keseluruhan projek ini akan dilaksanakan mengikut kaedah yang sistematik bermula dari kajian bahan rujukan bagi memahami dengan lebih mendalam konsep-konsep yang terlibat dan prinsip yang digunakan untuk menjalankan projek ini. Kemudian beberapa idea rekaan tersebut diaplikasi pada pembinaan kereta formula di akhir pelaksanaan projek. Kemudian hasil projek akan dilakukan ujian dan permerhatian untuk mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin berlaku dan menyarankan kaedah penyelesaian untuk memperbaiki kekurangan tersebut.

 FALCON WAVES

 Sewaktu hari perlumbaan. Panel mengambil markah bagi setiap pasukan. -Pasukan Falcon waves.


            Objektif merupakan perkara yang penting dalam menghasilkan sesuatu projek. Dengan adanya objektif sebenar, perjalanan bagi sesebuah projek dapat berjalan dengan lancar dan motif utama projek akan dapat dicapai. Antara objektif projek adalah seperti berikut :


                    i.            Menunjukkkan ketahanan dan keselamatan kereta formula di jalan raya dan bukannya dari aspek kepantasan semata-mata.

                  ii.            Mengenal pasti dan memahami masalah atau kekangan yang didapati dari rekabentuk dan penggunaan enjin yang sedia ada.

                iii.            Menggenalpasti penggunaan sistem hantaran dan putaran yang sesuai pada kereta formula.

                iv.            Mendedahkan pelajar kepada aspek dalam kejuruteraan automatif untuk menguji pemikiran pelajar dari segi kreativiti, skil dan mengaplikasi teori secara praktikal dalam menghasilkan kereta lumba mengikut spesifikasi yang ditetapkan















Antara pasukan yang terlibat...

No comments:

Post a Comment