Pesta Ledoh julung kalinya dianjurkan pada tahun 2014 dimana Uma Bawang Sungai Asap diamanahkn mnjadi tuan rumah..plbagai aktiviti jiadakan trmasuklah prtndingan ngajat,ratu cantik,sukan rakyat dan sbgainya.
Do Ledoh dahulu merupakan satu perayaan diadakan selepas slsainya musim menuai padi..kini utk memastikan ia trhapus ditelan zaman,ketua2 masyarakat mengadakn satu mesyuarat khas utk mnghidupkan kmbali perayaan ini. Pesta ini kini diraikan secara kerohanian atau kepercayaan masyarakat kini dan bukan lagi secara adat resam lama dimana pujian dan persembahan adalah lebih kpd ketuhanan bukan lagi kpda pnyembelihan atau ritual thdap kehidupan lain yg ada dimuka bumi.(babi,ayam,batu dsbgnya.)
Berharap agar perayaan ini diadakn pada tahun mendatang mnjadi lebih meriah lagi..
Jutaan terima kasih kpd penganjur kali ini..
Tahniah Rubamu.Sahut apa sahaja cabaran yg diberi.Rubamu masih terbaik.
Jumpa lagi pd pesta akan datang.
Orang Ulu
Wednesday, 4 June 2014
Sukan Rakyat Do Ledoh 2014 Di Uma Bawang sungai Asap
Saturday, 19 May 2012
BAKUN by Larry joseph
keadaan yg terpaksa dilalui ketika ke hulu sungai Belepeh..antara lokasi yg menjadi tumpuan atau lubuk bagi trip ni..kayu tersekat kira2 100meter sepeanjang sungai.
hasil yg diperolehi dalam masa 2 jam menjala,memancing dan memasang pukat. banyak hasil pancing yang dilepas kerana sayang akan ikan2..eheeee
kopi..!!seharusnya menjadi pelengkap sewaktu melepakkan diri ketika malam..
container/cold box 75 litres dipenuhi dengan baung,sebarau dan anak mengalan terutamanya..hanya 3 jam menjala. prinsip lepas yang kecil harus diamalkan..: )
keadaan di beranda jelatong (Floating House) di waktu pagi hari ke-2..kelihatan tembok konkrit empangan Bakun dibelakang(kurang jelas)..
lokasi swimming pool Bakun..dalam kawasan Township(tempat kakitangan pekerja empangan Bakun)..kelengkapan yg sangat mencukupkan..ada terdapat Gym centre,mini hall,sports court and etc. tembok empangan jelas kelihatan dari kawasa ini..
berlatarbelakangkan tasik bakun yg mesra..ketika angin yg kuat bertiup mampu menghasilkan ombak setinggi 0.5 meter ke 1.5 meter..para pengunjung atau penduduk tidak digalakkan pergi ke kawasan ini ketika itu.
which one most handsome??!!
dalam perahu kargo ( yg berbumbung milik cousin sy Baling)..perjalanan ke jeram di hulu sungai belepeh.
nantikan kisah atau trip yang kan datang..mesti lagi yg lebih mencabar..
Wednesday, 9 November 2011
JKM Politeknik Mukah_Falcon Waves
Pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal telah diamanahkan untuk menyiapkan sebuah projek yang telah ditetapkan bagi melengkapkan syarat penganugerahan diploma. Kumpulan kami dikehendaki menghasilkan sebuah kereta formula berkuasa kecil dengan mengubahsuai rangka lama kereta go-kart yang telah dihasilkan oleh pelajar semester akhir sesi Januari 2010. Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah kereta formula yang sesuai khususnya untuk kegunaan perlumbaan formula pelajar. Ini juga adalah untuk melihat perbezaan dari segi keupayaan kereta formula dari pelbagai aspek, ciri-ciri dan kelebihan. Keseluruhan projek ini akan dilaksanakan mengikut kaedah yang sistematik bermula dari kajian bahan rujukan bagi memahami dengan lebih mendalam konsep-konsep yang terlibat dan prinsip yang digunakan untuk menjalankan projek ini. Kemudian beberapa idea rekaan tersebut diaplikasi pada pembinaan kereta formula di akhir pelaksanaan projek. Kemudian hasil projek akan dilakukan ujian dan permerhatian untuk mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin berlaku dan menyarankan kaedah penyelesaian untuk memperbaiki kekurangan tersebut.
FALCON WAVES
Sewaktu hari perlumbaan. Panel mengambil markah bagi setiap pasukan. -Pasukan Falcon waves.
Objektif merupakan perkara yang penting dalam menghasilkan sesuatu projek. Dengan adanya objektif sebenar, perjalanan bagi sesebuah projek dapat berjalan dengan lancar dan motif utama projek akan dapat dicapai. Antara objektif projek adalah seperti berikut :
i. Menunjukkkan ketahanan dan keselamatan kereta formula di jalan raya dan bukannya dari aspek kepantasan semata-mata.
ii. Mengenal pasti dan memahami masalah atau kekangan yang didapati dari rekabentuk dan penggunaan enjin yang sedia ada.
iii. Menggenalpasti penggunaan sistem hantaran dan putaran yang sesuai pada kereta formula.
iv. Mendedahkan pelajar kepada aspek dalam kejuruteraan automatif untuk menguji pemikiran pelajar dari segi kreativiti, skil dan mengaplikasi teori secara praktikal dalam menghasilkan kereta lumba mengikut spesifikasi yang ditetapkan
Antara pasukan yang terlibat...
Subscribe to:
Posts (Atom)